5 Tips Didik Kanak-Kanak Berpuasa

Puasa adalah salah satu daripada Rukun Islam dan wajib bagi semua umat Islam untuk berpuasa terutama yang mampu. Kanak-kanak seharusnya perlu dididik untuk melakukan ibadah ini agar dia lebih terbiasa di usia kelak.

1. Mula Dari Awal 
Ajar kanak-kanak untuk berpuasa sejak di usia muda. Menurut Psikologi Islam, usia yan terbaik untuk belajar berpuasa adalah seawal umur 4 hingga 7 tahun. Rangsangan atau dorongan ini mampu menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tauladan kepada rakan yang lain untuk berpuasa jua.

2. Ajak Melakukan Ibadah Bersama 
Kanak-kanak sememangnya mudah terdorong untuk melakukan kebaikan sekiranya dia mempunyai sahabat untuk melakukan bersama. Ibadah seperti solat Tarawikh mampu membantu sedikit sebanyak membantu mereka mendalami ilmu agama dan merasai kemanisan agama.

3. Latih Melalui Muzik 
Pelbagai kaedah yang lebih inovatif boleh dilakukan untuk mengajar kanak-kanak untuk beribadah dan berpuasa. Salah satu kaedah adalah melalui perkara yang menjadi kegemaran mereka. Mereka boleh dididik melalui muzik melalui lagu-lagu yang bersesuaian. Banyak lagu keagamaan yang boleh diajar kepada mereka agar sesi pembelajaran lebih menarik.

4. Jelaskan Kebaikan Berpuasa 
Kanak-kanak lebih suka untuk tahu apa yang mereka lakukan sama ada ibadah mahupun rutin harian mampu memberikan mereka pulangan yang baik. Perjelaskan kepada mereka nikmat syurga yang menanti mereka jika mereka berpuasa. Jangan fokuskan kepada balasan buruk jika mereka tidak melakukan ibadah. Biar mereka sayangkan agama dan lakukan dengan ikhlas dan bukan kerana takut.

5. Beri Penghargaan 
Kanak-kanak sukakan hadiah. Jadi adalah bermakna jika setiap hari mereka berpuasa, mereka dikurniakan hadiah ataupun penghargaan. Ini sedikit sebanyak menggalakkan mereka untuk terus melakukan ibadah kerana ada pahala dan hadiah menunggu. Namun jangan dijadikan kebiasaan kerana takut kelak mereka melakukan ibadah kerana mahukan hadiah sahaja.

SUMBER : https://www.kkbox.com/my/ms/column/showbiz-0-140-1.html

Comments