KEPENTINGAN MUZIK KEPADA KANAK-KANAK
Merangsang minda kanak-kanak
Kemahiran muzikal dapat meningkatkan minda kanak-kanak menjadikan mereka lebih fokus, berimaginasi dan meningkatkan kreativiti. Muzik bukan sahaja membantu kanak-kanak dari segi koordinasi motor tetapi membentuk pemikiran di luar kotak.![](https://100comments.com/wp-content/uploads/2017/07/sing.jpg)
Kemahiran muzikal dapat meningkatkan minda kanak-kanak menjadikan mereka lebih fokus, berimaginasi dan meningkatkan kreativiti. Muzik bukan sahaja membantu kanak-kanak dari segi koordinasi motor tetapi membentuk pemikiran di luar kotak.
![](https://100comments.com/wp-content/uploads/2017/07/sing.jpg)
Muzik, lagu dan nyanyian meningkatkan kreativiti kanak-kanak
Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti muzik memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mood.

Membina keyakinan diri dan sosial kanak-kanak
Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina keyakinan diri. Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti persembahan dan muzikal membantu mereka membina keyakinan berada di hadapan umum dan juga membina hubungan sosial dengan rakan sebaya.

BAGAIMANA MENERAPKAN MUZIK KEPADA KANAK-KANAK?
Aktiviti muzik adalah asas dalam kurikulum pendidikan awal di Taska dan Tadika hari ini. Sumbangan dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran awal tidak dapat dinafikan lagi, malah aktiviti muzik menjadi ukuran kepada kualiti sesebuah program di Taska atau di Tadika.
Membimbing kanak-kanak
Kanak-kanak perlu dibimbing menyanyi lagu dengan iringan muzik, menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi lagu mengikut perasaan dan ekspresi. Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak.

PENDEKATAN KONSTRUKTIVIS
Bagaimana pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar menggunakan muzik secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. Pendekatan ini boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara:
Bagaimana pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar menggunakan muzik secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. Pendekatan ini boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara:
- Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang diterima.
- Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.
- Menyampaikan maklumat secara berkesan dalam pengajaran.
- Memberi pujian atau ganjaran dan galakan kepada kanak-kanak untuk berjaya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
It's time to sharpen your child's talent and it's not too late to join our WONDERFUL MUSIC CLASS for 2018!
For more information, contact us at : 03 8687 6999
sumber : https://100comments.com/blog/muzik-minda-kanak-kanak/
Comments
Post a Comment